JANGAN MENYESAL

dont-regret-yesterday-quote-picture-life-quotes-pics-images-810x567

Buatlah sesuatu perkara itu sehingga tidak wujud penyesalan pada akhirnya. Ya, Jangan pernah menyesal! Ketika membuat keputusan, kita perlu tanya pada diri kita ” Adakah aku akan menyesal sekiranya aku memilih keputusan yang sedemikian?” Jika kita ternampak peluang di depan mata kita, kita akan pilih untuk biarkan atau teruskan. Jika kita pilih antara dua pilihan tersebut, pastikan pada akhirnya tidak terdetik dalam hati tentang penyesalan. Rujuk lah pada orang yang betul dan yakin pada diri sendiri kunci utama dalam membuat keputusan. Jangan pernah takut untuk membuat keputusan sendiri kerana pengalaman mendewasakan kita. Pasti akan ada orang yang akan mempersoalkan keputusan yang kita buat. Abaikan sekiranya kita yakin tentang tujuan kita dan matlamat yang ingin kita kejar. Sebagaimana diri saya, yang bergelut dengan persepsi orang lain apabila saya memilih untuk meneruskan pelajaran dalam STPM berbanding Matrikulasi. Walaupun orang luar mempersoalkan keputusan saya, keluarga saya tetap menyokong saya. Itulah sumber kekuatan saya! Pernah beberapa orang berkata kepada saya, “STPM dah lah susah, kau boleh bawak ke nanti?” “Tak best la form 6, kena masuk sekolah lagi” ” Form 6 susah masuk u lah” “Form 6 ni untuk budak-budak yang spm teruk lah ” dan macam-macam lagi. Itu tidak mematahkan semangat saya malah ia menjadi suatu pembakar semangat yang baru dalam diri.

Maka ‘tepuk dada tanyalah selera’ !

Advertisements