RESEPI PARU SAMBAL

paru.jpg

Bahan bahan:
700 gram paru – rebus empuk
2 hiris halia
1 batang serai – ketuk
1 1/2 biji bawang besar Holland – hiris
4 sudu besar cili kisar – boleh tambah
1 batang serai – ketuk
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula atau secukupnya
Air asam jawa
Bahan tumbuk kasar:
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci halia
Cara cara:
Rebus paru bersama halia dan serai serta sedikit garam dalam 30 minit atau sehingga empuk. Setelah empuk, angkat, tos dan sejukkan. Setelah sejuk, dipotong nipis.
Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan. Jika suka, boleh juga goreng paru separuh garing sahaja.
Menggunakan sedikit minyak yang sama, tumis serai dan bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan agak kering. Masukkan bawang besar, gula, garam dan air asam jawa. Kacau rata dan sesuaikan rasa. Mesti ada rasa manis sedikit. Tutup api.
Bila sambal sedikit sejuk, masukkan paru yang telah digoreng garing tadi. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.
Paru sambal adalah kesukaan saya. Walaupun ramai yang kata, ia tak bagus untuk dimakan tetapi saya masih menyukai dan tidak mampu menolaknya jika dipelawa.
20170318_153418
Ini adalah paru sambal yang dimasak oleh ibu saya dan dibekalkan untuk saya di UKM.. Sayang ibu!
Advertisements