IDOLA SELAMANYA

dmfk.jpg

Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah (lahir 16 Julai 1951) adalah seorang pakar motivasi Malaysia. Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor.

Fadzillah memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1977.┬áDan pada tahun 1993, beliau menubuhkan sebuah syarikat untuk menyediakan perundingan pembangunan motivasi dan keluarga. Pada 10 Januari 2008, Fadzillah dinamakan “Tokoh Maal Hijrah” Selangor sebagai mengiktiraf sumbangan beliau terhadap keluarga dan pembangunan modal insan.

Fadzilah memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan kepujian kelas pertama dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan dari Wisconsin University, Amerika Syarikat.

Saya mula meminati beliau sejak di bangku sekolah disebabkan oleh personaliti beliau yang bersahaja. Beliau adalah merupakan inspirasi saya dan pembawa semangat.