ATENDAN BILIK

housekeeping_logo

Pengalaman bekerja sebagai seorang atendan bilik selama 3 bulan lebih banyak mengajar saya tentang dunia pekerjaan yang sebenar. Tak ramai yang nak kerja sebagai seorang atendan bilik. Soalan seperti ” Kenapa nak kerja kat bahagian ni” selalu diajukan kepada diri saya. Soalan itu terpacul keluar daripada seorang pengurus saya ketika itu. Memang diakui kerja yang ditugaskan amat berat dan sangat memenatkan. Sebelum ini, saya bekerja di kedai- kedai kecil dan tiada jabatan khusus . Apabila bekerja disini, terdapat beberapa jabatan seperti FnB, Housekeeping, Front Desk dan lain-lain. Jadinya, saya belajar untuk bergaul dan melatih diri untuk bekerja secara berkumpulan. Semasa bekerja disini, pelbagai pengalaman baharu ditimba antaranya bekerja sehingga larut malam, belajar membuat keputusan sendiri, belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baharu. Banyak suka dan duka ketika kerja disini. Saya menjumpai pelbagai ragam manusia terutamanya tetamu disitu. Belajar untuk bersabar dengan karenah mereka. Harus diingat pengalaman mendewasakan kita! Tak salah untuk mencuba sesuatu perkara yang baru asalkan tidak lari dari tujuan asal kita. Jangan pernah takut untuk keluar dari zon selesa kita! Setiap apa pekerjaan yang anda lakukan, pertingkatkan kemahiran anda dan berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi.