IMPIAN

images (6)

Pernah seseorang┬áberkata┬ákepada saya ‘ Jangan berharap terlalu tinggi, takut kecewa jika tak dapat mengecapi apa yang kita mahukan’. Bagi saya, apabila kita menyimpan suatu impian, kita akan meletakkan satu target dalam kehidupan kita. Kita akan keluar dari zon selesa kita dan mencabar diri kita untuk membuat sesuatu perkara yang luar biasa. Pada awalnya, kita mungkin berasa penat dan mahu berputus asa. Itu adalah suatu proses yang akan kita hadapi dan perlu tangani. Jangan biarkan ia terjadi! Putus asa adalah penyakit yang perlu dicari penawarnya. Untuk mencapai impian kita, kita perlu memperluas pergaulan dengan individu yang hebat seperti mereka yang mempunyai fikiran yang terbuka, saling menyokong, mampu memberikan kritikan yang membina dan sentiasa komited. Berada dalam lingkungan manusia hebat, mampu memberikan kita suatu motivasi dan usaha yang berterusan untuk mencapai impian kita. Harus diingat! Mentaliti ┬ádan sikap kita juga harus diubah! Jangan mencari kesalahan orang lain dalam setiap kegagalan kita. Carilah punca kegagalan itu dalam diri kita dan perbaiki setiap kelemahan itu dengan bijak. Jangan mudah gentar akan kegagalan, yakinlah pada diri sendiri. Itulah kapsul yang perlu ditelan untuk merawat penyakit putus asa dalam diri. Setiap impian perlu dititipkan dengan usaha yang berterusan dan strategi yang berkesan serta diiringi doa yang dikirimkan. Sampai bila mahu berimpian, tapi tiada usaha dan hanya bertawakkal? Masa tidak menunggu kita. Ayuh! Mulakan langkah dan teruskan mengejar impian kita!