THALASSEMIA

19832355.549002dc9c699

Mungkin ramai di antara kita masih tidak tahu tentang wujudnya THALASSEMIA. Mungkin tahap kesedaran masyarakat masih di tahap rendah. Dan saya sendiri merupakan pembawa Thalassemia Minor. Thalassemia merupakan penyakit keturunan dan bukannya sejenis virus yang boleh berjangkit. Mujur hanya ibu saya pembawa Thalassemia dan ayah saya adalah normal. Jika kedua-dua ibu bapa merupakan pembawa Thalassemia, anak-anak mereka mungkin mendapat Thalassemia Major yang lebih berat dan sangat berisiko tinggi. Saya mempunyai seorang kawan yang mempunyai Thalassemia Major yang menyebabkan dia selalu tidak hadir ke sekolah kerana terpaksa pergi ke hospital untuk pemindahan darah pada setiap bulan. Kadangkala dia membawa bekalan darah ke sekolah dan disorokkan di dalam baju sekolahnya. Saya pernah bertanya kepadanya ” Tak sakit ke?” Dia menjawab, ” Tak rasa dah. Sebab dah biasa da”. Disitu muncul rasa bersyukur kerana saya hanya pembawa Thalassemia Minor. Kesan yang saya rasai ialah saya mudah rasa penat, tak boleh aktif bersukan, dan mudah pitam (pernah berlaku). Pesanan doktor ialah jika saya mahu berkahwin, saya perlu membuat pemeriksaan kesihatan terhadap pasangan saya untuk memastikan bebas daripada thalassemia. Ini adalah langkah berjaga-jaga dan tidak mahu bakal anak-anak menerima risiko. Saya menyarankan agar setiap orang perlu membuat pemeriksaan thalassemia. Hal ini kerana penyakit ini hanya boleh dikesan melalui ujian darah dimana saya pernah lakukannya ketika saya berumur 8 tahun.

“Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati “

Boleh layari http://www.healthline.com/health/thalassemia?m=0#overview1 untuk info yang lebih lanjut.

Advertisements