KELEBIHAN PUASA

Image result for ramadhan

Setiap perkara dalam Islam  samaada yang berupa suruhan ataupun tegahan, mengandungi tujuan ( Maqaid As-Syar’iyyah ) bagi kebaikan hambanya.  Begitulah halnya dengan ibadah puasa yang sedang kita kerjakan. Natijah dari puasa akan melahirkan insan yang bertaqwa ( berintegriti ).Taqwa memberi maksud mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang.

    Puasa juga boleh menjadikan seseorang sihat tubuh badan.  Punca penyakit biasanya akan dikaitkan dari faktor keturunan atau memang telah ditakdirkan sakit sejak dari ia dilahirkan atau keadaan alam dunia yang semakin  tercemar.   Namun berdasarkan kajian, penyumbang terbesar punca penyakit adalah disebabkan amalan dan tabiat pemakanan serta gaya hidup seseorang.  Walaupun nabi S.A.W ada menyatakan bahawa: ” setiap penyakit ada ubatnya  kecuali  tua dan mati” ( maksud hadis ) namun  nabi juga berpesan : “mencegah itu lebih baik dari mengubati” ( maksud hadis ).

    Maka dapat kita fahami bahawa penyakit amat berkait dengan makanan. Pakar-pakar pemakanan pun telah menetapkan tentang  piramid makanan iaitu cara pemakanan yang betul. Jika diamalkan maka  ia adalah satu jaminan kepada kesihatan tubuh badan. Sebab itu nabi menyatakan: “Punca penyakit adalah dari perut (makanan)”( maksud hadis ).

    Makan dan minum adalah satu keperluan kita sebagai manusia. Dari sudut Islam bahawa makan dan minum diletakkan sebagai  wajib pada adat tetapi harus pada syarak. Allah S.W.T menyatakan dalam al-Quran  : “Makanlah dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan” ( maksud al-quran ).

    Satu perkara yang sangat baik untuk kita fikirkan bersama ialah apa yang dinyatakan oleh nabi S.A.W, ” makanlah ketika kamu lapar dan berhentilah sebelum kenyang ” ( maksud hadis ). Amalan ini kalau dapat dilakukan pastinya tahap kesihatan kita terjamin. Maka ibadah puasa adalah antara cara kita untuk merealisasikan pesanan nabi dalam mengawal pemakanan. Disamping itu juga  aktiviti riadhah  patut dilakukan sekurang-kurangnya pada tahap yang minima. Jika kita mampu lakukan sebagaimana yang dibicarakan tadi maka kita yakin apa yang dinyatakan oleh nabi S.A.W akan berlaku: ” Berpuasalah kamu nescaya kamu akan sihat” ( maksud hadis ). Islam amat menitik beratkan soal kesihatan. Oleh kerana itulah   nabi bersabda: ” Mukmin yang kuat (sihat ) itu lebih baik dari seorang mukmin yang lemah” ( maksud hadis ).Wallahua’lam.

Sumber: http://www.jais.gov.my/article/kelebihan-puasa

Advertisements

SENI KHAT

dc7ekedzi.png

Seni Khat yang sudah sebati dalam budaya warisan Melayu. Mungkin ia semakin dilupakan tetapi ada individu yang masih teruskan seni khat ini. Yang menariknya, mereka boleh menjana pendapatan melalui minat mereka. Tidak terkecuali juga diri saya yang sangat meminati tulisan khat ini.

IMG_20170516_173821.jpg

Alhamdulilah ini adalah hasil karya saya. Ini adalah untuk projek seni khat untuk subjek citra saya iaitu Seni Khat ll.

selfiecamera_2017-05-20-21-33-29-051-2.jpg

Terpilih untuk digantung di dinding pameran. Ini adalah suatu kepuasan untuk diri saya. Insya Allah masih dalam peringkat belajar dan mengembangkan bakat dalam seni khat.

RAWATAN SEMULAJADI

Wanita dan kecantikan umpama sahabat baik yang tidak mampu dipisahkan. Dan untuk cantik, pelbagai cara pasti pernah kamu cuba bukan? Jom ikuti tips ini!

Hasil carian imej untuk masker muka menggunakan bahan semulajadi

1. MASKER MAYONES

Bukan sekadar digunakan dalam sajian makanan, tetapi mayones juga punya khasiat tersendiri dalam rawatan kecantikan kulit. Mudah sahaja, sediakan mayones di dalam sebuah bekas kemudian sapu rata pada seluruh wajah. Biarkan selama 20 minit selepas itu bersihkan dengan air sejuk. Lakukannya seminggu sekali untuk memiliki kulit wajah yang halus lagi lembut. Cubalah!

Hasil carian imej untuk masker muka menggunakan bahan semulajadi

2. MASKER MADU 

Rasanya yang manis dan terkenal dengan khasiat dalam kesihatan, penggunaan madu juga mempunyai manfaat untuk kecantikan. Jika kamu inginkan kulit wajah dan leher lebih gebu cuba ini. Sapukan madu pada seluruh wajah dan leher. Kemudian, biarkan selama 15 minit sehingga ia kering. Selepas itu, basuh bersih wajah kamu dengan air suam. Amalkannya selalu, insya-Allah kulit wajah lebih lembut, gebu lagi halus.

Hasil carian imej untuk masker pisang

3. MASKER PISANG 

Lenyekkan sebiji pisang yang sudah cukup ranum. Kemudian tambahkan sedikit madu lalu oleskan ke seluruhan wajah. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Selepas itu bilas dengan air suam dan segarkan kemudian dengan air sejuk. Lakukan secara teratur dan konsisten, hasilnya kulit kamu kelihatan lebih lembut dan bersih. Dalam masa sama, masker ini berupaya mengurangi kedutan pada wajah. Selain berfungsi melembutkan kulit wajah, masker pisang berupaya merawat rambut agar lebih sihat.

Hasil carian imej untuk masker sengkuang

4. MASKER SENGKUANG

Jika kamu berhadapan dengan masalah kulit wajah kering, cuba petua ini. Kupas buah sengkuang (pilih buah yang bersaiz kecil) kemudian parut dan oleskan pada wajah. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu bersihkan dengan air. Lakukan satu atau dua kali seminggu. Ia amat membantu mengatasi masalah kulit wajah kering malah sesuai buat kamu yang sering melakukan aktiviti luar.

Hasil carian imej untuk masker limau nipis

5. MASKER LIMAU NIPIS

Cuci bersih limau nipis lalu hiris. Kemudian, perah airnya untuk diminum. Kulit limau nipis jangan dibuang, seeloknya ambil kulit limau nipis dan usapkan pada wajah yang sudah bersih. Ritual ini dikatakan baik untuk mengawal minyak berlebihan pada wajah.

WACANA MAKROEKONOMI

 

Hasil carian imej untuk YM Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias

Pada hari ini saya terlibat dengan program wacana makroekonomi ini yang diadakan di DK1 FEP. Program ini dihadiri oleh pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran makroekonmi pada semester ini. Program berlangsung dari pukul 2.00petang sehingga 5.00petang. Program yang bertemakan ‘future of work’ ini berjalan dengan jayanya dimana kami semua diwajibkan untuk memakai baju korporat UKM supaya tampak lebih segak dan kemas.

Program ini amat bermakna bagi saya, dimana pelbagai ilmu mengenai masa hadapan dan ilmu pekerjaan saya perolehi daripada bual bicara ini.  Kehadiran  YM Tunku AliZakri Raja Muhammad Alias sebagai tetamu undangan ini amatlah bermanfaat buat kami. Pelbagai tips yang beliau kongsikan sebagai persiapan untuk ke alam pekerjaan pada masa hadapan dan juga tips untuk interview pekerjaan.

Kami juga diberikan masa untuk sesi soal jawab. Pelbagai soalan diajukan oleh para pelajar dan kami sama-sama memperolehi input dari pertanyaan tersebut. Alhamdulilah segala input saya perolehi daripada bual bicara ini. Beliau lebih memberikan kami semangat untuk lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi masa depan kami.

Setelah tamat sesi soal jawab,  majlis penyampaian cenderamata dan sesi bergambar. Kemudian kami menandatangani kehadiran balik dan bersurai.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan mengenai program ini dimana ia berkaitan dengan kehidupan saya di bumi UKM ini. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada saya terutamanya dalam bidang kerjaya saya pada masa akan datang.

RESEPI AYAM BUTTERMILK

Bahan-bahannya :
  1. ayam yang telah di potong kecil-kecil [perap sekejap dengan kari]
  2. 3 sudu besar butter [ikut kesesuaian pada ayam banyak ataupun sedikit]
  3. 2 sudu besar tepung gandum
  4. 2 sudu besar tepung jagung
  5. 1/2 tin susu cair
  6. 3 bijik bawang kecil – hiris
  7. 3 bijik bawang putih – hiris
  8. cili api – di potong [kalau nak pedas letak banyak kalau taknak pedas tak payah letak]
  9. beberapa tangkai daun kari [lebih kurang 3 batang tangkai daun kari]
Cara nak memasaknya :
  1. gaulkan tepung jagung dan tepung jagung ke dalam ayam yang telah di perap dengan kari
  2. goreng ayam sehingga masak [guna minyak biasa sahaja]
  3. panaskan kuali, masukkan butter.
  4. butter telah cair, masukkan hirisan bawang, cili api, daun kari.
  5. setelah bawang sudah garing sedikit, masukkan susu cair.
  6. setelah susu cair mendidih, masukkan ayam, masak sehingga memekat.
  7. siap untuk di hidang..sedap di makan masa panas-panas.

PASAR PERCUMA 4.0

selfiecamera_2016-12-10-11-04-23-662-1.jpg

Pasar percuma 4.0 merupakan suatu program anjuran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang melibatkan mahasiswa seluruh UKM Bangi. Program ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim dan mengagihkan barang percuma hasil kutipan kepada penduduk setempat. Dalam program ini, saya dilantik sebagai Pengarah Pemasaran yang ditugaskan untuk mencari dana bagi program ini. Ia adalah suatu pengalaman yang berguna kepada saya kerana saya dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri saya.

Kembali kepada skop kerja yang diberikan, saya diminta untuk memohon bantuan dana dari Pusat Islam UKM dan Unit Zakat UKM. Nasib tidak menyebelahi saya apabila dana yang dipohon tidak diluluskan oleh Unit Zakat tetapi Pusat Islam memberikan dana sebanyak RM200.

Masa terlalu suntuk untuk mencari dana melalui jualan dan sebagainya. Alhamdulilah ada insan yang bermurah hati untuk menyumbang sebanyak RM200 dan sejumlah 70 bungkus roti diberi secara percuma. Ia merupakan program pertama yang saya sertai dan diberi kepercayaan sepenuhnya oleh Ketua Program untuk saya uruskan bahagian penting iaitu mencari dana. Syukur ke hadrat ilahi, program berjalan dengan lancar dan duit yang kami terima dapat menampung keseluruhan perbelanjaan program.

Letakkan segala niat hanya untuk Allah s.w.t dan selalu berdoa agar dipermudahkan urusan kita.