FOBIA

Image result for fobia

Fobia adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena. Fobia boleh dikatakan, boleh menghalang kehidupan orang yang mengidapnya. Bagi sebahagian orang, perasaan takut seorang penghidap fobia sulit dimengerti. Itu sebabnya, pengidap tersebut sering dijadikan bulan bulanan oleh teman sekitarnya. Ada perbezaan di antara “bahasa” antara pengamat fobia dengan seorang pengidap fobia. Pengamat fobia menggunakan bahasa logik sementara seorang pengidap fobia biasanya menggunakan bahasa rasa. Bagi pengamat dirasa lucu jika seseorang berbadan besar, takut dengan haiwan kecil seperti lipas atau tikus. Sementara di bayangan mental seorang pengidap fobia subjek tersebut menjadi benda yang sangat besar, berwarna, sangat menjijikkan ataupun menakutkan.

JENIS-JENIS FOBIA

  • Afrophobia – ketakutan akan orang Afrika atau budaya Afrika.
  • Agoraphobia – takut pada lapangan
  • Antlophobia – takut akan banjir.
  • Bibliophobia – takut pada buku
  • Caucasophobia – ketakutan akan orang dari bangsa kaukasus.
  • Cenophobia – takut akan ruangan yang kosong.
  • Dendrophobia – takut pada pohon
  • Ecclesiophobia – takut pada gereja
  • Felinophobia – takut akan kucing
  • Genuphobia – takut akan lutut
  • Hydrophobia – ketakutan akan air.
  • Hyperphobia – takut akan ketinggian
  • Iatrophobia – takut akan doktor
  • Japanophobia – ketakutan akan orang Jepun
  • Lygopobia – ketakutan akan kegelapan
  • Necrophobia – takut akan kematian
  • Ophidiophobia – takut akan ular
  • Panophobia – takut akan segalanya
  • Photophobia – ketakutan akan cahaya.
  • Ranidaphobia – takut pada katak
  • Schlionophobia – takut pada sekolah
  • Uranophobia – ketakutan akan Syurga
  • Venustraphobia – takut pada perempuan yang cantik
  • Xanthophobia – ketakutan pada warna kuning
  • Arachnophobia – ketakutan pada labah-labah
  • Lachanophobia – ketakutan pada sayur-sayuran

KHASIAT LOBAK MERAH

 

Hasil carian imej untuk kebaikan lobak merah

Jom amalkan makan lobak dalam pemakanan harian kita. Terdapat 10 perkara yang anda perlu tahu tentang kebaikan lobak :

  • Kulit: Lobak sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Lobak menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah.
  • Mata: Lobak adalah sumber yang kaya dengan Vitamin A dan B yang membantu anda untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik.
  • Kanser: Lobak meningkatkan kuasa imuniti dan juga membantu untuk memerangi kanser.
  • Kolesterol: Makan satu lobak merah setiap hari membantu anda untuk mengeluarkan kolesterol yang tidak baik daripada badan.
  • Otak: Lobak mempunyai lebih banyak kalori yang membantu untuk meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak.
  • Tekanan: Untuk melegakan dari tekanan, minum segelas jus lobak merah setiap hari.
  • Jantung Sihat: Lobak diperkayakan dengan Beta-karotena, Alfa-Karotena dan Lutein yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membersihkan Badan: Lobak mempunyai serat yang membantu untuk membersihkan kolon dan mengurangkan lemak di dalam hati.
  • Antiseptik kuat: Sumber mengatakan herba lobak boleh digunakan untuk mencegah jangkitan. Mereka boleh digunakan pada luka mentah masak atau dicincang.
  • Anti-Penuaan: Beta-Karotena yang terdapat dalam lobak merah membantu melambatkan penuaan sel-sel di dalam badan.

EKONOMI ISLAM

download.jpg

KONSEP ASAS EKONOMI ISLAM

Semua urusan ekonomi bagi umat Islam harus berteraskan syariah yang telah ditentukan bagi menjamin keselarasan dari semua aspek.

1. Ekonomi Islam pada dasarnya menekankan Allah s.w.t. sebagai Penguasa yang mencipta alam ini. Konsep Rububiyyah yang menekankan sifat Allah s.w.t. sebagai Penguasa yang membuat peraturan bertujuan menjaga dan menampung kehidupan makhluk demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

2. Dalam ekonomi Islam, terdapat konsep tazkiyah untuk membentuk kesucian jiwa dan ketinggian akhlak melalui pembersihan harta dengan mengeluarkan zakat dan bersedekah. ‘Pembersihan jiwa’ juga dapat dibentuk dengan
mengikis sifat bakhil dan kedekut serta tamak haloba.

3. Pembersihan, interaksi dan kemanusiaan dapat diwujudkan dengan peluang-peluang sama rata dalam aktiviti ekonomi atas jalinan silaturahim tanpa ada unsur-unsur pilih kasih ataupun kerana darjat. Keseluruhan konsep ini menjadi natijah kepada perlaksanaan konsep rububiyyah.

4. Segala aktiviti ekonomi di dunia perlu dilihat dari segi ‘nilai kini bagi natijah pada-hari akhirat’. Oleh sebab itu, hidup di dunia ini berupa satu ujian untuk menentukan siapa yang terbaik amalannya, kerana manusia bertanggungjawab kepada Allah s.w.t. dan kejayaannya pada hari akhirat nanti bergantung kepada prestasinya di dunia.

5. Tatacara perhubungan sesama manusia adalah atas unsur persaudaraan dan kesamaan. Ini akan mendorong kepada nilai-nilai murni dan memupuk keamanan sejagat. Harta kepunyaan manusia bukanlah bersifat mutlak, bahkan ia menjadi ujian dan amanah Allah s.w.t. Kesedaran pemilikan secara ini akan menjadikan manusia menguruskan pemilikannya ke arah yang diredai Allah s.w.t.

Sumber : https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/konsep-asas-ekonomi-islam/

IDOLA SELAMANYA

dmfk.jpg

Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah (lahir 16 Julai 1951) adalah seorang pakar motivasi Malaysia. Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor.

Fadzillah memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1977. Dan pada tahun 1993, beliau menubuhkan sebuah syarikat untuk menyediakan perundingan pembangunan motivasi dan keluarga. Pada 10 Januari 2008, Fadzillah dinamakan “Tokoh Maal Hijrah” Selangor sebagai mengiktiraf sumbangan beliau terhadap keluarga dan pembangunan modal insan.

Fadzilah memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan kepujian kelas pertama dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan dari Wisconsin University, Amerika Syarikat.

Saya mula meminati beliau sejak di bangku sekolah disebabkan oleh personaliti beliau yang bersahaja. Beliau adalah merupakan inspirasi saya dan pembawa semangat.

TARBIAH SENTAP

tarbiah sentap_zpswr8vxfmk.jpg

Buku ‘Tarbiah Sentap’ ditulis oleh Adnin Roslan merupakan sebuah buku yangmenyedarkan umat Islam dengan gaya penulisan yang agak sentap. Buku ini telah laris dijual dan saya adalah salah satu pembeli buku ini.

Bagi saya, buku ini sangat sesuai dibaca oleh golongan remaja. Hal ini demikian kerana penulis banyak menyentuh tentang gaya hidup, cara pergaulan dalam Islam dan sebagainya. Cara yang penulis gunakan dalam dakwahnya adalah bersifat terus-terang dan teratur. Beliau menerangkan tentang persoalan masyarakat dan menjawab dengan selamba sahaja tetapi amat menyentap jiwa.

Bagi yang belum membaca, bacalah!

MENTALITI JAMBAN

khairul-abdullah-1

Buku Mentaliti Jamban ditulis oleh seorang penggembara iaitu Encik Khairul Abdullah

Penulis telah mengupas beberapa kandungan dalam buku yang berkaitan dengan mentaliti masyarakat di Malaysia dan perbandingan dengan sikap serta mentaliti masyarakat negara-negara maju. Isu berkaitan pemilihan tajuk “jamban” juga dikongsi bersama. Perkataan “jamban” itu sendiri sudah menunjukkan sejauh mana tahap pemikiran masyarakat kita yang dilihat semakin tenat dan kebanyakannya dipenuhi dengan unsur negatif. Penulis berharap melalui medium penulisan, ia dapat menjadi pemangkin kepada perubahan sikap dan mentaliti masyarakat Malaysia

Penggunaan bahasa yang beliau gunakan tidak formal dan lebih kepada perlian yang ditujukan khas kepada segelintir rakyat Malaysia yang dikategorikan sebagai Mentaliti Jamban. Beliau turut berkongsi kisah pengembaraan di Jerman. Beliau menceritakan budaya Jerman yang jauh lebih baik dari Malaysia.

Saya merakan buku ini adalah sesuai untuk peringkat umur dan dapat pengetahuan baharu dan boleh mengubah mentaliti ke arah lebih baik serta fokus kepada kejayaan.

LANGKAWI

 

lang-helang.jpg

Gambar Hiasan

Kota Mahsuri ini terletak di mukim Ulu Melaka 12km dari Pekan Kuah berhampiran dengan lapangan terbang Padang Matsirat. Makam Mahsuri ini telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang melambangkan seni bina rumah Langkawi yang popular pada ketika itu. Tempat ini juga dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Di dalam kompleks tersebut juga terdapat sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri .

Dataran Helang @ Lang Di sini anda berpeluang melihat patung helang merah coklat gergasi sedang bersedia untuk terbang yang dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Angin laut yang menenangkan membuat tempat ini sesuai untuk berjalan santai dan bergambar.

Kereta kable Langkawi ini juga merupakan yang terpanjang  di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter. Perjalanan dari Pekan Kuah ke Kereta Kabel Langkawi mengambil masa 30 minit dan 15 minit jika anda datang dari lapangan terbang Langkawi. Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 709 meter di atas paras laut ke puncak. Gunung Mat Cincang merupakan gunung kedua tertinggi di Pulau Langkawi, dan terletak berhampiran dengan Pantai Kok. Perjalanan ke puncak mengambil masa selama 20 minit. Pemandangan semasa dalam perjalanan ke puncak sungguh menakjubkan. Anda akan dapat melihat keindahan rupa bentuk geologi pulau dan pantai yang mengelilingi Pulau tersebut. Anda juga berpeluang untuk melihat keindahan pemandangan laut hindi ,laut andaman dan pulau-pulau di selatan Thailand dengan jelas.

Air Terjun Telaga Tujuh boleh dikatakan tempat paling tenang di Pulau Langkawi. Air terjun ini terletak di Gunung Mat Cincang. Kalau anda berani boleh panjat ke atas air terjun ini. Air terjun ini dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini dibentuk dari tujuh mata air semulajadi yang mengalir ke tujuh telaga semulajadi yang berasingan.

Taman burung langkawi, dikenali juga sebagai Langkawi Wildlife Park, dibuka pada tahun 2002. Ia merupakan hutan tropical yang didiami oleh 2500 burung exotic yang terdiri daripada 150 species burung yang berlainan. Taman burung ini merupakan taman burung yang tertutup dan dikelilingi oleh dinding setinggi 15 meter. Burung di taman ini berterbangan dengan bebas dan hidup di habitat yang direkacipta untuk menyamai habitat semulajadi burung burung ini. Disamping itu, taman burung ini juga mempunyai air terjun buatan manusia.

Sumber: http://www.maisinggah.com/10-tempat-menarik-di-langkawi/

RESEPI KIMCHI

kimchi-f.jpg

Selalu layan drama Korea atau dikenali sebagai K-Pop.. Mesti tahu pasal kimchi kan? Teringin nak buat? Jom cuba buat!

Bahan-bahan
1 biji kobis panjang, dibelah 2 atau 4 memanjang. Saya belah 4
1/2 cawan garam halus timbang (bukan garam halus dalam pack beli kat supermarket tu)
2 biji lobak merah – dihiris menjadi batang mancis
1 ikat daun bawang, dipotong memanjang
1/2 cawan serbuk cili merah – saya paka brand Faiza

Bahan bubur / kanji
3 sudu besar tepung pulut
2 sudu besar gula
1 cawan air

Bahan kisar
1 ulas bawang besar kuning
1 biji pear gong (pear kulitnya warna emas) – boleh juga pakai 2 biji pear kuning biasa
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 sudu besar ikan bilis, dibuang kepala dan perut
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan

Penyediaan kobis jeruk

Kobis dibersihkan. Sapu garam pada setiap helaian kobis. Tetapi jangan ceraikan kobis tu dari pangkal bawah ya. pastikan setiap bahagian kobis kena garam. Biarkan selama 5 jam. Kobis akan mengecut dan layu.
Selepas 5 jam, cuci semua garam dari kobis. Rasa kobis tu, jika masih masin, cuci lagi. Lepas cuci,  perah air dari kobis sehingga kobis kering. Tapis dan biarkan seketika.

Penyediaan kanji

Kacau rata tepung pulut dan air bersama gula. Masak sekejap sehingga pekat dan jadi seperti bubur. Jika terlalu pekat tambah air sedikit.
Penyediaan bahan kisar
Masukkan semua bahan kisar kedalam mesin pengisar. Masukkan bubur/kanji yang dimasak tadi setakat boleh pusing je mesin pengisar tu. Jangan masukkan semua ye. Masukkan panas-panas pun takpa.
Kisar sehingga semua bahan halus.

 

Cara penyediaan kimchi

Dalam mangkuk, satukan bahan kisar dan serbuk cili. Gaul rata. Jika tawar tambah sedikit garam dan sedikit gula. Tetapi jangan terlalu masin kerana kobis tadi sudah sedikit masin. Gula pula untuk mengaktifkan bakteria. Jika terlalu pekat, boleh tambah lagi lebihan bubur/kanji tadi
Masukkan juga lobak merah dan daun bawang kedalam bahan sos kimchi tadi. gaul rata. Sos kimchi kini sedia disapu pada kobis
Ambil kobis jeruk yang diperah, sapu sos kimchi pada setiap helaian kobis sehingga semua bahagian dilumuri dengan sos. Masukkan kedalam bekas bertutup dan biar sehingga 1-2 hari sehingga kimchi menapai.

Selepas nampak ada naik sedikit buih. kimchi sedia diamakan. Jika kimchi dah rasa masam sedikit, bolehla masuk dalam peti sejuk bagi memperlahankan atau menghentikan proses penapaian supaya kimchi tak terlalu masam jadinya.

Pernah makan sekali di Seoul Garden . Sangat menyelerakan! Jom cuba