RESEPI PARU SAMBAL

paru.jpg

Bahan bahan:
700 gram paru – rebus empuk
2 hiris halia
1 batang serai – ketuk
1 1/2 biji bawang besar Holland – hiris
4 sudu besar cili kisar – boleh tambah
1 batang serai – ketuk
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula atau secukupnya
Air asam jawa
Bahan tumbuk kasar:
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci halia
Cara cara:
Rebus paru bersama halia dan serai serta sedikit garam dalam 30 minit atau sehingga empuk. Setelah empuk, angkat, tos dan sejukkan. Setelah sejuk, dipotong nipis.
Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan. Jika suka, boleh juga goreng paru separuh garing sahaja.
Menggunakan sedikit minyak yang sama, tumis serai dan bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan agak kering. Masukkan bawang besar, gula, garam dan air asam jawa. Kacau rata dan sesuaikan rasa. Mesti ada rasa manis sedikit. Tutup api.
Bila sambal sedikit sejuk, masukkan paru yang telah digoreng garing tadi. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.
Paru sambal adalah kesukaan saya. Walaupun ramai yang kata, ia tak bagus untuk dimakan tetapi saya masih menyukai dan tidak mampu menolaknya jika dipelawa.
20170318_153418
Ini adalah paru sambal yang dimasak oleh ibu saya dan dibekalkan untuk saya di UKM.. Sayang ibu!

KENANGAN TERINDAH

mmexport1477762328279

Kenangan terindah banyak tercipta di sini iaitu, SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru. Mula memasuki sekolah ini ketika tingkatan 4 kerana menerima tawaran dari PPD Johor Bahru. Disebabkan oleh memang impian saya sewaktu kecil untuk memasuki sekolah perempuan. Banyak pengalaman tercipta dan jumpa dengan guru-guru yang hebat dalam membimbing saya serta banyak memberi nasihat yang berguna. Ini adalah suatu keputusan yang sangat tepat! Saya melepaskan tawaran Matrikulasi dan memilih untuk melanjutkan pelajaran di Tingkatan 6. Walaupun dipersoal tentang keputusan saya, saya tetap yakin dan meneruskan usaha saya dan alhamdulilah tercipta sebuah kejayaan yang tidak dapat saya lupakan. Ingin saya brterima kasih kepada guru-guru dan kawan-kawan seperjuangan yang sering memberi kata-kata semangat dalam diri saya.

Terima kasih semua!

GUA KELAM, PERLIS

2.jpg

Pertama kali menjejakan kaki di Gua Kelam, Perlis pada tahun 2015 ketika saya tingkatan 6 atas. Saya menyertai Kem Kembara Kokorikulum bersama rakan-rakan lain dan destinasi yang dipilih ialah Gua Kelam, Perlis. Perjalanan dari Johor Bahru ke Perlis yang memakan masa lebih kurang 15 jam. Mula bertolak pada pukul 4 pagi dan tiba di perkarangan Gua Kelam pada pukul 7 malam. Penat jugak duduk dalam bas! Tapi ia adalah suatu pengalamanyang sangat menarik dan menyeronokkan. Pelbagai aktiviti disajikan sepanjang berada di sana seperti meredah hutan, Night Walk, Explorace dan pelbagai aktiviti lain. Berada di sana selama 4 hari 3 malam, tidur di khemah , ia adalah pengalaman yang berharga buat diri saya.

mmexport1477762052019

Bergambar setelah habis kem kembara kokorikulum

HAAA… ADA APA LAGI DI JOHOR

johor_full_map

Apalagi ada di Johor? Tak ketinggalan juga Johor ada banyak tarikan alam semulajadi yang patut dikunjungi oleh kalian semua. Antaranya :

TANJUNG PIAI, PONTIAN -Merupakan taman paya bakau yang kaya dengan tumbuhan dan hidupan paya bakau. Disini terdapat platform kayu dibina untuk memudahkan pengunjung platform ini untuk berjalan kehujungnya. Titik hujung platform ini merupakan satu platform yang merupakan kawasan paling selatan di Semenanjung Malaysia.

TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN – Merupakan taman hutan lipur atau hutan simpan yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara. Terdapat pelbagai flora dan fauna serta batuan yang berusia jutaan tahun.

AIR TERJUN KOTA TINGGI –  Merupakan pilihan popular dalam kalangan rakyat Johor dan tidak terkecuali ahli keluarga saya yang memilih tempat ini sebagai destinasi utama kami untuk berlibur.

GUNUNG LEDANG – Sebuah gunung yang dikaitkan dengan misteri iaitu ‘ Puteri Gunung Ledang’ . Tempat yang sesuai untuk pendaki-pendaki gunung dan sesuai untuk mereka yang suka akan aktiviti lasak. Disitu juga terdapat air terjun dan mempunyai aktiviti berkayak.

Sumber: https://www.caridestinasi.com/senarai-tempat-menarik-di-johor/

MUZIUM BERSEJARAH DI JOHOR

1-senarai-tempat-menarik-di-johor

Mari berkenalan dengan tempat kelahiran saya iaitu NEGERI JOHOR. Terdapat beberapa tempat bersejarah yang patut dilawati oleh kalian semua. Antaranya:

MUZIUM DIRAJA ABU BAKAR – Merupakan bangunan yang tertua yang ada di Johor yang dibina pada tahun 1866. Sebelum ini merupakan Istana Johor sebelum ditukar menjadi sebuah muzium pada 1892. Terdapat pelbagai maklumat mengenai Keluarga Diraja Johor

MUZIUM KOTA TINGGI -Kompleks bangunan 2 tingkat yang menempatkan pelbagai bahan sejarah dan artifak tentang negeri Johor dan Kesultanan Melayu Johor

MUZIUM WARISAN TIONG-HUA JOHOR BAHRU – Juga dikenali sebagai Chinese Heritage Meseum dan merupakan sebuah galeri yang menempatkan informasi dan bahan sejarah tentang komuniti masyarakat China dan pembangunan Negeri Johor

MUZIUM NENAS – Terletak di Pontian, Johor. Menempatkan sejarah warisan nenas dan penghasilan produk dari nenas.

BANGUNAN SULTAN IBRAHIM – Sebuah bangunan yang dibina oleh Kolonial British (1940) sebagai pusat pentadbiran. Telah menjadi salah satu tarikan pelancong disebabkan oleh seni binanya yang sangat klasik.

Sumber:https://www.caridestinasi.com/senarai-tempat-menarik-di-johor/

KERJA VS KERJAYA

16.9-Web-banner-for-72-point-press-release-1024x577

Rupa-rupanya terdapat perbezaan antara kerja dengan kerjaya..

KERJA? Suatu pekerjaan yang bertujuan untuk mendapatkan wang manakala KERJAYA adalah mengejar cita-cita sepanjang hayat atau kursus umum ke arah perkembangan ke arah matlamat diri dalam sepanjang hayat.

Misalnya, jika kita lihat seseorang yang mempunyai kerja yang tetap tetapi masih membuat pendapatan sampingan seperti membuat bisnes kecil-kecilan. Itu bermakna orang tersebut memulakan kerjaya mereka. Membina sesebuah kerjaya bukan perkara yang mudah. Hal ini kerana kerjaya memerlukan masa, pengalaman dan pengetahuan yang khusus dalam bidang tersebut. Perlu ke ada kerjaya? Cuba anda fikir, jika tempat yang anda bekerja tiba-tiba muflis, anda cuma cukup duit tabungan untuk beberapa bulan, kemudian pada tahun itu, berlaku kemelesetan ekonomi dimana syarikat-syarikat banyak membuang pekerja mereka untuk mengurangkan kos yang mereka tanggung. Jadi apa yang perlu anda buat? Untuk elakkan daripada berlaku, anda perlu memikirkan masa hadapan anda dengan membina kerjaya. Tetapi kerja anda juga boleh dijadikan sebagai kerjaya. Haaa bagaimana pula tu?

Misalnya, anda bekerja sebagai Pereka Grafik di sebuah syarikat dan telah bekerja selama 10 tahun.. Semestinya anda sudah berpengalaman, bukan? Dengan pengalaman anda, anda boleh menjalankan perniagaan sendiri dengan menjadi seorang freelancer atau menubuhkan syarikat rekaan sepenuh masa dalam bidang anda.

Contoh yang paling hampir, seorang pensyarah saya, beliau merupakan seorang pensyarah yang mengajar subjek logo dan identiti korporat. Pada masa yang sama, beliau mengambil tempahan membuat logo.

02

HASIL LOGO YANG DIREKA OLEH BELIAU

Jadi mana satu pilihan anda? KERJA? KERJAYA? 

Sumber: https://blog.maukerja.my/kerja-vs-kerjaya-apa-bezanya-mana-satu-pilihan-anda

                http://syahrulasriomar.blogspot.my/2016/11/kerjaya-sebagai-pereka-grafik.html

THALASSEMIA

19832355.549002dc9c699

Mungkin ramai di antara kita masih tidak tahu tentang wujudnya THALASSEMIA. Mungkin tahap kesedaran masyarakat masih di tahap rendah. Dan saya sendiri merupakan pembawa Thalassemia Minor. Thalassemia merupakan penyakit keturunan dan bukannya sejenis virus yang boleh berjangkit. Mujur hanya ibu saya pembawa Thalassemia dan ayah saya adalah normal. Jika kedua-dua ibu bapa merupakan pembawa Thalassemia, anak-anak mereka mungkin mendapat Thalassemia Major yang lebih berat dan sangat berisiko tinggi. Saya mempunyai seorang kawan yang mempunyai Thalassemia Major yang menyebabkan dia selalu tidak hadir ke sekolah kerana terpaksa pergi ke hospital untuk pemindahan darah pada setiap bulan. Kadangkala dia membawa bekalan darah ke sekolah dan disorokkan di dalam baju sekolahnya. Saya pernah bertanya kepadanya ” Tak sakit ke?” Dia menjawab, ” Tak rasa dah. Sebab dah biasa da”. Disitu muncul rasa bersyukur kerana saya hanya pembawa Thalassemia Minor. Kesan yang saya rasai ialah saya mudah rasa penat, tak boleh aktif bersukan, dan mudah pitam (pernah berlaku). Pesanan doktor ialah jika saya mahu berkahwin, saya perlu membuat pemeriksaan kesihatan terhadap pasangan saya untuk memastikan bebas daripada thalassemia. Ini adalah langkah berjaga-jaga dan tidak mahu bakal anak-anak menerima risiko. Saya menyarankan agar setiap orang perlu membuat pemeriksaan thalassemia. Hal ini kerana penyakit ini hanya boleh dikesan melalui ujian darah dimana saya pernah lakukannya ketika saya berumur 8 tahun.

“Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati “

Boleh layari http://www.healthline.com/health/thalassemia?m=0#overview1 untuk info yang lebih lanjut.

JANGAN MENYESAL

dont-regret-yesterday-quote-picture-life-quotes-pics-images-810x567

Buatlah sesuatu perkara itu sehingga tidak wujud penyesalan pada akhirnya. Ya, Jangan pernah menyesal! Ketika membuat keputusan, kita perlu tanya pada diri kita ” Adakah aku akan menyesal sekiranya aku memilih keputusan yang sedemikian?” Jika kita ternampak peluang di depan mata kita, kita akan pilih untuk biarkan atau teruskan. Jika kita pilih antara dua pilihan tersebut, pastikan pada akhirnya tidak terdetik dalam hati tentang penyesalan. Rujuk lah pada orang yang betul dan yakin pada diri sendiri kunci utama dalam membuat keputusan. Jangan pernah takut untuk membuat keputusan sendiri kerana pengalaman mendewasakan kita. Pasti akan ada orang yang akan mempersoalkan keputusan yang kita buat. Abaikan sekiranya kita yakin tentang tujuan kita dan matlamat yang ingin kita kejar. Sebagaimana diri saya, yang bergelut dengan persepsi orang lain apabila saya memilih untuk meneruskan pelajaran dalam STPM berbanding Matrikulasi. Walaupun orang luar mempersoalkan keputusan saya, keluarga saya tetap menyokong saya. Itulah sumber kekuatan saya! Pernah beberapa orang berkata kepada saya, “STPM dah lah susah, kau boleh bawak ke nanti?” “Tak best la form 6, kena masuk sekolah lagi” ” Form 6 susah masuk u lah” “Form 6 ni untuk budak-budak yang spm teruk lah ” dan macam-macam lagi. Itu tidak mematahkan semangat saya malah ia menjadi suatu pembakar semangat yang baru dalam diri.

Maka ‘tepuk dada tanyalah selera’ !

MARAH KERANA SAYANG

love-letter1

Marah bukan bererti membenci tapi sayang sebenarnya. Siapa suka kena marah? Pasti tiada, bukan? Cuba kita lihat semula siapakah insan yang selalu marah pada kita? Mesti insan yang paling dekat dengan diri kita. Ya! Kedua ibu bapa. Mereka selalu menegur kita tatkala kita alpa dan leka. Mungkin nada mereka seakan memarahi kita, tapi jika diteliti semula, marah mereka bukan kerana membenci tapi sayang pada kita. Mereka ingin melihat kita berjaya di dunia mahupun di akhirat. Bila berjauhan dengan mereka, tiada siapa akan mengambil berat tentang kita, misalnya kita leka dengan menonton televisyen, pasti mereka akan marah kita untuk belajar bukan? Jika kita tidak solat, pasti mereka akan mengingati kita untuk solat. Tapi bila kita bersendirian, tiada siapa yang akan menegur dan marah kita bila tidak buat perkara itu. Jadi bila seseorang berani untuk marah atau menegur kita, mereka mahukan kita jadi yang terbaik sepertimana kedua ibu bapa kita. Hargai lah insan itu, bukan membenci mereka. Harus diingat, manusia biasa tidak terlepas untuk melakukan kesilapan. Sentiasa muhasabah diri dan berani untuk membetulkan kesilapan kita. Hargailah dan sayangilah kedua ibubapa kita selagi hayat dikandung badan kerana tiada mereka, hilanglah doa dari mereka. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang leka dan alpa.

IMPIAN

images (6)

Pernah seseorang berkata kepada saya ‘ Jangan berharap terlalu tinggi, takut kecewa jika tak dapat mengecapi apa yang kita mahukan’. Bagi saya, apabila kita menyimpan suatu impian, kita akan meletakkan satu target dalam kehidupan kita. Kita akan keluar dari zon selesa kita dan mencabar diri kita untuk membuat sesuatu perkara yang luar biasa. Pada awalnya, kita mungkin berasa penat dan mahu berputus asa. Itu adalah suatu proses yang akan kita hadapi dan perlu tangani. Jangan biarkan ia terjadi! Putus asa adalah penyakit yang perlu dicari penawarnya. Untuk mencapai impian kita, kita perlu memperluas pergaulan dengan individu yang hebat seperti mereka yang mempunyai fikiran yang terbuka, saling menyokong, mampu memberikan kritikan yang membina dan sentiasa komited. Berada dalam lingkungan manusia hebat, mampu memberikan kita suatu motivasi dan usaha yang berterusan untuk mencapai impian kita. Harus diingat! Mentaliti  dan sikap kita juga harus diubah! Jangan mencari kesalahan orang lain dalam setiap kegagalan kita. Carilah punca kegagalan itu dalam diri kita dan perbaiki setiap kelemahan itu dengan bijak. Jangan mudah gentar akan kegagalan, yakinlah pada diri sendiri. Itulah kapsul yang perlu ditelan untuk merawat penyakit putus asa dalam diri. Setiap impian perlu dititipkan dengan usaha yang berterusan dan strategi yang berkesan serta diiringi doa yang dikirimkan. Sampai bila mahu berimpian, tapi tiada usaha dan hanya bertawakkal? Masa tidak menunggu kita. Ayuh! Mulakan langkah dan teruskan mengejar impian kita!