ATENDAN BILIK

housekeeping_logo

Pengalaman bekerja sebagai seorang atendan bilik selama 3 bulan lebih banyak mengajar saya tentang dunia pekerjaan yang sebenar. Tak ramai yang nak kerja sebagai seorang atendan bilik. Soalan seperti ” Kenapa nak kerja kat bahagian ni” selalu diajukan kepada diri saya. Soalan itu terpacul keluar daripada seorang pengurus saya ketika itu. Memang diakui kerja yang ditugaskan amat berat dan sangat memenatkan. Sebelum ini, saya bekerja di kedai- kedai kecil dan tiada jabatan khusus . Apabila bekerja disini, terdapat beberapa jabatan seperti FnB, Housekeeping, Front Desk dan lain-lain. Jadinya, saya belajar untuk bergaul dan melatih diri untuk bekerja secara berkumpulan. Semasa bekerja disini, pelbagai pengalaman baharu ditimba antaranya bekerja sehingga larut malam, belajar membuat keputusan sendiri, belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baharu. Banyak suka dan duka ketika kerja disini. Saya menjumpai pelbagai ragam manusia terutamanya tetamu disitu. Belajar untuk bersabar dengan karenah mereka. Harus diingat pengalaman mendewasakan kita! Tak salah untuk mencuba sesuatu perkara yang baru asalkan tidak lari dari tujuan asal kita. Jangan pernah takut untuk keluar dari zon selesa kita! Setiap apa pekerjaan yang anda lakukan, pertingkatkan kemahiran anda dan berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi.

Advertisements

MENJELAJAH SUNGAI KANCHING

images

Ini lah HUTAN LIPUR KANCHING … Menarik tentangnya ialah terdapat air terjun semula jadi dan perlu manaiki tangga yang sangat tinggi.. Fuhhh.. untuk melihat air terjun. Saya menjadi salah seorang peserta Menjelajah Sungai Kanching di bawah program E2MACC. Pelbagai aktiviti menarik yang berlaku sepanjang program ini berlangsung. Kami diberikan kumpulan dan perlu menyelesai beberapa misi. Antaranya ialah kami perlu mengajak pengunjung disitu untuk menyertai kami, kami perlu mengalihkan cacing dan lipas seekor demi seekor ke tempat yang sepatutnya, menjawab soalan kuiz,  menyusun kad-kad menyerupai bentuk asal dan banyak lagi. Aktiviti bermula pada pukul 9.00 pagi dan selesai pada pukul 12.00 tengah hari. Setelah itu, kami diberi ruang untuk berehat dan membersihkan diri. Tapi saya memilih untuk menghabiskan masa untuk mandi-manda di air terjun. Penat lelah menaiki tangga hilang tatkala melihat alam semula jadi dan menghirup udara segar. Lebih kurang pukul 2.00 petang, kami dijamu makanan dan bertolak balik pukul 4.00 petang. Pengalaman yang sangat menarik dan menakjubkan kerana diri saya sendiri sememangnya menyukai aktviti seperti ini.

IMG-20170226-WA0016

Bersama ahli kumpulan yang sangat peramah dan menyeronokkan.

PASSION

download

This is my first entry in English. I will try my best!

What is a passion? Passion is an intense emotion, a compelling enthusiasm or desire for something. What can I say is something that you really like to do and become your story. If you have a passion, you are really different from others. For example, there are people who love to sing, and he/she develop the skills and becoming a singer. So we can see that a person can make money from what they love to do. So it is not about getting straight A’s in public exams, it is about what do you love to do. For myself, I really like to go travel and doing some art. It is about my passion. I never go overseas but someday I will go. In Malaysia, I already went for all state excluding Terengganu and Pulau Pinang. I like to join activities like jungle trekking, rock climbing, cycling, and others. I prefer waterfall rather than a beach. I feel very calm and peaceful. I also love doing some art like drawing my friend’s faces and others. I don’t go any art classes. So my opinion is we should have something that you put 100% effort on it. So it is called a passion.

Go and Create your Own Story!

KEHIDUPAN SEORANG MAHASISWA

Wisuda

Apabila menjejakkan kaki di universiti, kehidupan sebagai seorang mahasiswa pun bermula. Sepanjang bergelar mahasiswa, kehidupan boleh menjadi sangat menyeronokkan atau sebaliknya. Berbalik kepada mahasiswa itu sendiri, pengalaman yang dirasai adalah sangat berbeza bergantung kepada bagaimana mereka mencorakkan kehidupan mereka. 

    Ada sesetengahnya  memilih untuk fokus kepada akademik sahaja. Ada juga yang suka mengikut kawan. Ada juga yang hanya masuk ke universiti atas keinginan keluarganya. Ada juga yang suka berprogram malah memilih untuk mencabar diri sendiri untuk keluar dari zon selamat mereka. Harus diingat bahawa kehidupan mahasiswa bukan bergantung kepada orang lain tetapi diri sendiri. Mahasiswa perlu berkorban dari segi masa, tenaga dan wang.

    Apa yang dikatakan dengan pengorbanan dari segi masa? Masa itu emas. Tepat. Tetapi bukan semua pandai menghargai masa. Istilah bosan tidak harus wujud dalam kamus seorang mahasiswa. Kehidupan mereka dapat dikatakan dengan satu perkataan iaitu ‘sibuk’. Ya, sibuk untuk mencari ilmu. Pendek kata, mereka tiada masa untuk berhibur.

     Dari segi tenaga pula,  mereka perlu menyumbang tenaga dengan melibatkan diri dalam program-program yang berimpak tinggi. Adakah penglibatan ini wajib? Jawapannya, tidak. Inilah yang dikatakan nilai tambah yang perlu dicari oleh setiap mahasiswa dalam mempersiapkan diri bagi menempuh dunia pekerjaan yang mencabar. Di situ, mereka dapat belajar perkara baharu yang tidak dapat dipelajari dalam kuliah. 

    Tidak dapat dinafikan bahawa mahasiswa banyak berhabis duit demi memegang segulung ijazah. Latar belakang setiap mahasiswa terdiri daripada pelbagai latar belakang yang kebanyakkannya daripada keluarga yang sederhana atau kurang berkemampuan. Mereka terpaksa menjadi penghutang dalam usia yang muda. Ada sesetengah mencari wang sampingan dengan menjadi pekerja separuh masa malah ada yang berbisnes kecil-kecilan. 

Inilah realiti kehidupan seseorang yang bergelar mahasiswa.